Jumat, 15 Januari 2010

Sayid Ja'far Al Barzanji

Nama & nasab keturunannya:   Sayid Ja’far ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Muhammad ibn Sayid Rasul ibn Abdul  Syed ibn Abdul Rasul ibn Qalandar ibn Abdul Syed ibn Isa ibn Husain ibn Bayazid  ibn Abdul Karim ibn Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn  Abdullah ibn Ismail ibn Al-Imam Musa Al-Kazim ibn Al-Imam Ja’far As-Sodiq ibn  Al-Imam Muhammad Al-Baqir ibn Al-Imam Zainal Abidin ibn Al-Imam Husain ibn  Sayidina Ali r.a. dan Sayidatina Fatimah binti Rasulullah saw.  Beliau dilahirkan pada hari Kamis awal bulan Zulhijjah tahun 1126 di Madinah Al  Munawwarah. Seorang ulama besar Makkah Alm. DR. Sayid Muhammad bin 'Alawi Al  Maliki menulis pada kitabnya:  "Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan al-Barzanji  adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku  perselisihan tentang tarikh wafatnya, sebagian menyebut yang beliau meninggal  pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahwa  beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau  dan menghadiri majelis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia. Beliau adalah  pengarang kitab maulid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Maulid  al-Barzanji". Sebagian ulama menyatakan bahwa nama karangannya tersebut "I'qdul  Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Maulid karangan beliau ini adalah kitab  maulid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab  dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan banyak kalangan 'Arab dan  'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan  agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan)  sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai  rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda."   Beliau mempunyai banyak guru. Ilmu-ilmu yang dikuasainya: Sharaf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab,  Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah,  Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah...  Kemasyhuran beliau: Beliau telah diakui dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah,  serta menteri-menteri Kekhalifahan Utsmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan  kehebatan beliau keseluruh pelosok dunia Islam, sehingga banyak yang mengenal  beliau. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama’-ulama’  yang sezaman dengannya.   Sifat-sifat beliau: Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun,  zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzikir,  sentiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan sangat  pemurah.  Wafat: Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, selepas Asar, 4 Sya’ban,  tahun 1177 H. Jasad beliau ditanam di perkuburan Baqi’ bersama keluarga  Rasulullah saw.  Kitab maulid Barzanji sendiri telah disyarahkan (dijelaskan dengan diurai) oleh  ulama-ulama besar seperti Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki  al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala  Mawlid al-Barzanji" dan Sayyidul 'Ulama-il Hijaz, Syeikh Muhammad Nawawi  al-Bantani al-Jawi "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud". 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar