Nama & nasab keturunannya: Sayid Jafar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Muhammad ibn Sayid Rasul ibn Abdul Syed ibn Abdul Rasul ibn Qalandar ibn Abdul Syed ibn Isa ibn Husain ibn Bayazid ibn Abdul Karim ibn Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn Abdullah ibn Ismail ibn Al-Imam Musa Al-Kazim ibn Al-Imam Jafar As-Sodiq ibn Al-Imam Muhammad Al-Baqir ibn Al-Imam Zainal Abidin ibn Al-Imam Husain ibn Sayidina Ali r.a. dan Sayidatina Fatimah binti Rasulullah saw. Beliau dilahirkan pada hari Kamis awal bulan Zulhijjah tahun 1126 di Madinah Al Munawwarah. Seorang ulama besar Makkah Alm. DR. Sayid Muhammad bin 'Alawi Al Maliki menulis pada kitabnya: "Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh wafatnya, sebagian menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahwa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majelis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia. Beliau adalah pengarang kitab maulid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Maulid al-Barzanji". Sebagian ulama menyatakan bahwa nama karangannya tersebut "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Maulid karangan beliau ini adalah kitab maulid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan banyak kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda." Beliau mempunyai banyak guru. Ilmu-ilmu yang dikuasainya: Sharaf, Nahu, Manthiq, Maani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, Arudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah... Kemasyhuran beliau: Beliau telah diakui dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah, serta menteri-menteri Kekhalifahan Utsmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelosok dunia Islam, sehingga banyak yang mengenal beliau. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama-ulama yang sezaman dengannya. Sifat-sifat beliau: Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan sangat pemurah. Wafat: Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, selepas Asar, 4 Syaban, tahun 1177 H. Jasad beliau ditanam di perkuburan Baqi bersama keluarga Rasulullah saw. Kitab maulid Barzanji sendiri telah disyarahkan (dijelaskan dengan diurai) oleh ulama-ulama besar seperti Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" dan Sayyidul 'Ulama-il Hijaz, Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".
Jumat, 15 Januari 2010
Sayid Ja'far Al Barzanji
Langganan:
Postingan (Atom)